top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Misi Vaksin & Hubungan Antarabangsa



Oleh: Muhammad Aiman Roszaimi

Pakar telah menjangkakan bahawa kita akan menghadapi ancaman pandemik sejak 2015 lagi, namun persediaan kita masih berada dalam tahap yang kurang memuaskan dan akhirnya pada hari ini seluruh dunia terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Sebenarnya manusia tertentu telah banyak belajar daripada kes epidemik terdahulu seperti Ebola(2014), MERS(2012) dan SARS(2003) yang pernah menular satu ketika dulu. Gerak kerja mendapatkan vaksin bagi virus SARS-COV-2(nama virus) pada hari ini juga banyak bertitik tolak daripada kajian-kajian lepas tentang virus MERS dan SARS, kita tidak bermula daripada kosong. Pada tahun 2017, Coalition for Epidemic Preparedness Innovations(CEPI) telah ditubuhkan sebagai sebuah institusi berpusat yang berperanan dalam mencari dana untuk membiayai projek kajian vaksin secara intensif. Antara pengasas utama CEPI ialah The Welcome Trust(British based research center), Bill and Melinda Gates Foundation dan ia turut disertai oleh negara-negara seperti Norway, Japan dan Kesatuan Eropah(EU). CEPI menjadi inisiatif pengvaksinan terbesar dan menjadi bukti kerjasama antarabangsa dalam melawan ancaman keselamatan bukan tradisional(non-traditional) ini. CEPI & SARS-COV-2 CEPI bukanlah platform atau institusi yang menjalankan kajian, ia cuma sebuah institusi kerjasama antarabangsa untuk mencari dana dalam kajian pengvaksinan terutama keadaan kecemasan seperti sekarang secara strategik. Sebelum wujudnya CEPI, setiap negara mengerakkan unit kajian virologi mereka secara pensendirian dan ini mengakibatkan vaksin mengambil masa yang sangat lama untuk dihasilkan. Dengan adanya CEPI, isu kritikal dalam pembuatan vaksin iaitu pendanaan bakal diselesaikan dengan pantas kerana CEPI bukan wujud bila masalah muncul tapi ia institusi kekal yang diwujudkan bersiap siaga mendepani situasi pandemik seperti sekarang, CEPI sudah pun mula berkerja sejak tiga tahun lepas. Pada 23 Januari yang lepas, CEPI mengumumkan telah mula membiayai program pembangunan vaksin untuk SARS-COV-2 bersama Inovio Pharmaceuticals(Amerika) and The University of Queensland (Australia), Moderna, Inc(Amerika), U.S. National Institute of Allergy and Infectious Diseases(NIAID) dan CureVac(German). “CEPI has moved with great urgency and in coordination with WHO, who is leading the development of a coordinated international response. We have initiated several partnerships to improve our understanding and to develop vaccines against the novel coronavirus. The programmes will leverage rapid response platforms already supported by CEPI as well as new partnerships. The aim is to advance nCoV-2019 vaccine candidates into clinical testing as quickly as possible”(CEPI News) Selain institusi yang dibiayai CEPI, ada juga badan yang lain sedang terlibat sama dalam misi mencari vaksin ini seperti CanSino Biologics Inc(China). Kini, dicatatkan terdapat lebih kurang empat negara yang terlibat dalam “vaccine race” untuk COVID-19. Vaksin & Kepentingan Nasional Tempoh masa pembangunan sesebuah vaksin itu biasanya mengambil masa 12 hingga 18 bulan. Semasa Australia menemukan cara membuat vaksin virus H1N1 dahulu, mereka memberikan vaksin secara percuma kepada rakyat mereka sebelum boleh dieksport ke negara luar. Misi kemanusiaan untuk pengvaksinan seluruh manusia kemudiannya bertukar dengan meletakkan kepentingan nasional dalam keutamaan. Liputan Imunisasi Antarabangsa Walaupun kadar liputan imunisasi global(global immunization coverage) meningkat, namun masih ada negara dan kawasan yang ketinggalan jauh dari sudut kesihatan dan perubatan seperti kebanyakkan negara dirantau Afrika. Jika tahap kesihatan yang universal gagal dicapai, kita akan sentiasa berada dalam keadaan terancam terhadap kemunculan wabak yang baru terhasil daripada kawasan pendalaman yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Untuk memastikan kita berjaya melawan penyebaran wabak ini secara global, kita memerlukan kerjasama yang lebih luas dan komitmen yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin negara untuk mewujudkan tahap kesihatan yang universal seluruh dunia dapat diwujudkan merentasi kepentingan nasional atau politik masing-masing. Rujukan: https://www.statnews.com/2020/02/06/cepi-coronavirus-vaccine-development/ https://cepi.net/news_cepi/cepi-to-fund-three-programmes-to-develop-vaccines-against-the-novel-coronavirus-ncov-2019/ https://bruneidarussalam.embassy.gov.au/bnei/PanvaxH1N1VaccineinAustralia.html https://www.bloomberg.com/news/articles/2020-02-13/this-oslo-facility-may-be-the-key-to-the-coronavirus-vaccine https://www.csis.org/analysis/enhancing-us-leadership-new-era-global-immunization

0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page