top of page
Home: Blog2
Search
Writer's pictureIRed Project

Kontroversi ‘Coronavirus Bill’ di UK

Updated: Apr 9, 2020

Oleh: Imran Azmi Virus COVID-19 telah mengakibatkan krisis dunia pada skala yang hanya dapat dibayangkan di dalam filem-filem keluaran Hollywood dan Hallyuwood (Industri Filem Korea) . Di seluruh dunia,negara mula terdesak dalam pertarungan menentang musuh yang tidak kelihatan ini.Contohnya,Kesatuan Eropah yang mula menyekat eksport peralatan pelindung diri, termasuk topeng muka, topeng pembedahan dan pakaian PPE pada 15 mac lepas untuk menampung keperluan domestik. Kerajaan dunia mengimplementasi perintah berkurung perintah kawalan pergerakan dan pelbagai arahan yang ketat untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Namun terdapat satu petisyen dari sebuah negara barat yakni Britain yang saya rasa sangat menarik untuk lebih dianalisis dengan lebih mendalam.Petisyen tersebut yang dimulakan oleh Robert Elding,seorang penduduk London pada 27 Mac 2020 mendapat tandatangan sebanyak 114,000 sejak artikel ini ditulis. Petisyen tersebut mengesa Perdana Menteri Britain,Boris Johnson untuk menarik balik Akta Penyakit Merbahaya Coronavirus (HC Bill 122) atas dasar ianya menggugat kebebasan awam dan melanggar hak asasi penduduk Britain yang telah dikurniakan kepada mereka dalam satu piagam yang dimeterai lebih 800 tahun lalu yakni Magna Carta dan apa yang telah diratifikasi di dalam Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR). Namun sebelum kita pergi lebih mendalam akan apa isi Magna Carta dan ECHR,mari kita lihat apa isi kandungan Akta Penyakit Merbahaya Coronavirus yang dikepalai oleh Boris Johnson. Antara isi akta yang diberi tumpuan adalah ‘jika kematian seseorang itu adalah disebabkan oleh wabak COVID-19,mayatnya akan dibakar tidak mengira agama atau keinginan peribadi si mati’.Akta ini juga memberi autoriti kepada pihak berkuasa untuk menutup sekolah,universiti termasuk taska.Selain itu Ianya membenarkan kerajaan untuk mengharamkan perhimpunan awam(termasuk tunjuk perasaan), dan memberikan kuasa intervensi tambahan jika pemerintah mengesyaki sesiapa pun yang melakukan ‘panic-buying’ ,ini adalah untuk memastikan ‘food-chain’ UK kekal stabil. Satu lagi elemen yang hangat dibincangkan adalah kuasa mutlak yang akan membenarkan pemerintah menutup sempadan jika terlalu ramai kakitangan sempadan jatuh sakit.. Akta ini membenarkan kerajaan kuasa budi bicara untuk untuk menahan individu yang disyaki dijangkiti oleh COVID-19.Mereka yang ingkar akan arahan untuk duduk dirumah boleh didenda sehingga £ 1,000.Sebahagian akta ini boleh dikatakan hampir sama dengan yang sedang diimplementasi sewaktu perintah kawalan pergerakan di Malaysia,99% dari kita akur dengan arahan kerajaan kerana kita tahu ianya penting untuk diri kita dan negara, namun bagi sesetengah penduduk UK,ini menggugat hak kebebasan mereka untuk bergerak. Bukan itu sahaja,bahagian di akta baru yang membuatkan badan-badan NGO di UK yang galak memperjuangkan hak asasi manusia paling ‘menyirap’ adalah dimana hanya 'pegawai' perubatan yang dikehendaki menandatangani surat perjanjian rawatan yang membawa maksud mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19 di UK boleh dipaksa menerima ubat Atau ditahan dan disuntik tanpa konsultasi pesakit itu sendiri.Badan NGO UK seperti Big Brother Watch UK mengatakan ini adalah ancaman terbesar kepada kebebasan perubatan yang diperjuangkannya. Para pejuang hak asasi manusia di UK sedar yang kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat UK namun mereka berpendapat bahawa kerajaan hanya boleh memenuhi kewajipannya jika mereka meletakkan hak asasi manusia sebagai batu asas yang sentiasa dirujuk dalam setiap akta dan kuasa yang dikenakan terhadap rakyat. Namun disebalik sisi hangat akta ini,terdapat juga isi akta yang dikira mampu meningkatkan kadar ketersediaan UK’s ‘National Health Service’.Antaranya adalah meringankan beban orang awam yang bekerja di dalam sektor perkhidmatan kesihatan, dan membantu pekerja penjagaan kesihatan dan mereka yang terjejas dari segi ekonomi. Kawasan yang diliputi oleh Akta termasuk Perkhidmatan Kesihatan Nasional, penjagaan sosial, sekolah, polis, Angkatan Sempadan, majlis-majlis tempatan, pengebumian dan mahkamah. Secara perlembagaan dan budayanya, UK amat meraikan kebebasan awam ataupun ‘civil liberties’.Secara statistiknya,UK menduduki tangga ke-14 daripada 102 negara dalam usahanya untuk melindungi hak asasi manusia yang mendasar.UK juga merupakan penyokong dan ‘advocator’ terbesar selepas Amerika Syarikat dalam inisiatif mempromosi Hak Asasi Manusia di peringkat antara bangsa.Pengkodifikasi hak asasi manusia di UK bukanlah perkara yang baru,sebelum adanya Akta Hak Asasi Manusia 1998 dan Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah, undang-undang UK mempunyai salah satu tradisi hak asasi manusia terpanjang di dunia.Yakni piagam Magna Carta 1215. Setelah saya mebuat analisa,pada pendapat saya apa yang dilakukan oleh Kerajaan Boris Johnson tiada salahnya kerana di apa yang cuba dilakukan beliau adalah termaktub dalam Artikel 2 Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), yakni pihak berkuasa mempunyai kewajipan undang-undang untuk mengambil langkah positif untuk melindungi rakyatnya yang dalam situasi ini diancam pandemik.Situasi di UK sudah boleh diklasifikasikan sebagai darurat sebenarnya dan apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk semua. Ya,tindakan yang diambil oleh kerajaan UK untuk melindungi kehidupan di tengah-tengah pandemik koronavirus, termasuk dasar mengenakan perintah berkurung dan pengasingan, mengganggu hak-hak warga UK yang lain.Antara yang terlibat adalah hak untuk kebebasan (Artikel 5), ​​kebebasan berkumpul (Perkara 11), dan kebebasan pergerakan (Protokol 4 Artikel 2 dari ECHR).Ketiga-tiga hak ini boleh diganggu dan terpaksa dikorbankan untuk sementara waktu secara sah dengan alasan melindungi kesihatan dan ‘well-being’ warga awam.Namun ianya bersyarat.Langkah-langkah kerajaan yang diimplementasi adalah perlu dan sesuai dengan matlamat yang sah.

https://www.amnesty.org.uk/human-rights-uk/coronavirus-effect-human-rights http://unimelb.libguides.com/human_rights_law/national/uk

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Home: Subscribe
bottom of page