Oleh: Muhammad Aiman Roszaimi Pada hari ini, secara rasminya situasi “political deadlock” Israel bakal terlerai kerana Netanyahu dan seteru politiknya Benny Gantz berjaya membentuk “Unity Government”(UG) bersama dan dijangka akan mengangkat sumpah pada hari ini(Khamis, 14 Mei). Israel sebenarnya telah berada dalam situasi ini semenjak Disember 2018, apabila Netanyahu tidak berjaya untuk membentuk kerajaan majoriti sebanyak dua kali pilihan raya. Spektrum Politik Israel Walaupun politik Israel hanya dikenali dengan idealogi Zionisme(nasionalis yahudi), mereka juga mempunyai spektrum politik yang pelbagai, tidak semua yang setuju dan mengutamakan Zionisme, bahkan Israel juga mempunyai Parti untuk bangsa Arab(Joint List). Sebagai contoh, Parti Likud(Netanyahu) ialah “centre-right”, Parti Kahol Lavan pimpinan Benny Gantz ialah parti “centre-left” dsb. Politik kanan dalam politik Israel merujuk kepada mereka yang cenderung kepada nilai-nilai konservatif dan zionisme, mereka gemar terhadap sebarang polisi yang mengukuhkan lagi keabsahan negara dan kepentingan nasional Israel seperti “Trump Peace Deal” yang dijangka akan meluaskan lagi tanah haram Israel. Manakala, golongan politik kiri disini merujuk kepada Zionis yang liberal, tidak memandang agenda zionisme sebagai perkara yang wajib seperti kebanyakkan parti “far-right”, Zionis kiri lebih gemar untuk Israel mengekalkan keamanan dengan cara menyediakan “win-win situation” bersama Palestin seperti mengagaskan “two-state solution” dimana Palestin boleh diiktiraf sebagai negara asalkan ketegangan dua negara dikurangkan. Perbezaan spektrum politik ini telah mengakibatkan perpecahan dalam politik Israel, ada yang setuju dengan kepimpinan Netanyahu(Bibi), asalkan kepentingan zionis terjamin tetapi ada juga yang sudah letih dengan Bibi, yang lebih mahukan “political reform” terutama dalam dasar luar Israel terhadap Palestin, mereka tidak setuju untuk Israel terus mengunakkan jalan ketenteraan dalam menangani konflik Palestin-Israel yang hanya memanjangkan persengketaan. Situasi ini menjelaskan kenapa Israel terjerat dalam “deadlock” hampir setahun lebih. UG Israel Selain itu, Gantz pada awalnya memang tidak mahu pun membentuk kerajaan bersama Netanyahu, mana tidaknya ideologi pun sudah berbeza tambahan pula Bibi dikatakan terlibat dengan salah laku(korupsi). 28 Januari 2020: Netanyahu dituduh terlibat dalam tiga kes Korupsi https://www.timesofisrael.com/netanyahu-indicted-for-corruption-in-three-cases-in-first-for-a-sitting-pm/ Namun, kesan Politik Pandemik sekali lagi mengorientasikan keutamaan politik sesebuah negara, bagi Gantz dia terpaksa memilih untuk bersama Netanyahu demi kebaikan ekonomi dan keselamatan Israel tetapi bersyarat, iaitu Netanyahu menjadi Perdana Menteri untuk 18 bulan pertama dan Gantz untuk 18 bulan yang terakhir(alternate prime minister) supaya Netanyahu tidak terlalu dominasi dalam kerajaan. Dasar Luar Netanyahu-Gantz Pembentukan Kerajaan Gabungan ini dilihat satu tempoh masa yang sesuai untuk Netanyahu meneruskan janji beliau dalam polisi “annexation of west bank”(pengilhakan tebing barat). Israel berargumentasi bahawa mereka telah pun menawan tebing barat daripada kekuasaan Jordan semenjak mereka menang dalam perang Arab-Israel(1967) dan usaha memiliki tebing barat secara lebih luas bukanlah sesuatu yang salah mengikut undang-undang antarabangsa. Tetapi, benarkan tindakan Israel itu sesuatu yg betul(legitimasi)? Hari ini, terdapat lebih 400,000 ribu yahudi yang tinggal di tebing barat dan lebih 2.6 juta penduduk palestin yang menuntut tebing barat sebagai ibu kepada negara palestin. Pemilikan Israel ini nanti pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap impian rakyat Palestin untuk memiliki tanah yang merdeka dan boleh diduduki(viable), kesudahannya mereka akan tinggal dikawasan yang tidak strategik dan autonomi kerajaan yang semakin berkurangan. Kalau ada yang berhujah mengatakan lebih baik Israel menguruskan tanah Palestin demi kemaslahatan sejagat dengan membawa naratif “Peace Deal” ala Trump, ingatlah bahawa pengilhakan(annexation) ini pastinya tidak akan berakhir dengan meluaskan pemilikan tanah sahaja bahkan ianya sekaligus memberi mandat terhadap undang-undang negara-bangsa Israel(Jews Nations-state law) untuk berkuat-kuasa dan akan menjadikan orang-orang arab itu hanya sekadar penduduk kelas kedua. Dalam pada itu, Gantz dilihat boleh memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi hala tuju polisi kerajaan supaya tidak terlalu “rightist”(nasionalis), pernah satu ketika Gantz merupakan satu-satunya calon yang dilihat mampu mengantikan Netanyahu oleh rakyat Israel. Gantz dalam pembentukan dasar luar terhadap Palestin lebih gemar mencari rundingan keamanan(peace negotiation) bagi menyelesaikan konflik Palestin-Israel, persis model bekas Perdana Menteri yang mempunyai latar belakang ketenteraan seperti dia iaitu Ehud Barak dan Yitzhak Rabin. 19 Nov 2019: Anyone but Bibi https://www.haaretz.com/opinion/editorial/anyone-but-bibi-1.8139620 Walau bagaimanapun, mesti difahami bahawa Gantz juga lahir daripada acuan Zionisme, dia merupakan bekas Ketua Tentera Israel(Chief General Staff), jadi jangan bilang Gantz bebas idealogi Zionis, Gantz mungkin “centre-leftist” tetapi tiada jaminan untuk dia tidak boleh berubah watak. Respon Antarabangsa Mike Pompeo(Setiausaha Negara US) telah mengadakan lawatan ke Israel sebaik saja tahu bahawa kerajaan baru Israel telah berjaya dibentuk, Kehadiran Pompeo mempunyai kepentingan yang sangat kritikal dalam pembentukan dasar luar Israel yang baru. Pompeo told the Israel Hayom newspaper that they discussed annexation "but also many other issues related to it - how to deal with all the factors involved, and how to make sure the move is done properly to bring about an outcome in accordance with the vision of peace"(Al Jazeera, 14 Mei) Netanyahu juga tidak perlu risau terhadap “domestic backlash” kalau dia teruskan “annexation” terhadap tebing barat, mengikut kajian terkini oleh Israel Democracy Institute hampir separuh Yahudi Israel menyokong polisi itu berbanding 28% saja yang menentang. 11 Mei 2020: Most Israeli Jews support annexing parts of West Bank https://www.al-monitor.com/pulse/originals/2020/05/majority-israeli-jews-support-annexation-poll.html Yang menjadi kebimbangan terbesar Netanyahu sekarang ialah tindak balas daripada rakyat Palestin yang boleh mengancam keselamatan Israel dan kemungkinan tekanan ekonomi oleh Kesatuan Eropah(EU) yang merupakan rakan dagang terbesar Israel. Netanyahu juga perlu mengambil kira hubungan Israel dengan negara-negara Arab yang mungkin bertambah keruh, awal-awal lagi Liga Negara-negara Arab sudah memberi amaran kepada Netanyahu supaya tidak meneruskan niat untuk meluaskan pengilhakan tanah di tebing barat, kata mereka tindakan Israel itu bakal menjadi “new war crime” terhadap Palestin. 30 April 2020: Arab League slams Israeli plan to annex occupied West Bank https://www.aljazeera.com/amp/news/2020/04/arab-league-slams-israeli-plan-annex-occupied-west-bank-200430145602846.html?utm_source=website&utm_medium=article_page&utm_campaign=read_more_links Konklusinya, Kerajaan Gabungan Israel yang baru ini bakal mencorak perkembangan hubungan Palestin-Israel dan geopolitik Timur Tengah, kita menjangkakan dengan gabungan parti “centre-right” dan “centre-left” ini, dasar luar Israel khususnya terhadap Palestin tidak akan banyak perubahan, namun sudah tentulah idea-idea kiri juga akan cuba diketengahkan dalam pembentukan polisi Israel nanti. #israel #UG #palestin #middleeast #RememberingNakbah #Nakba72 #SaveAlQuds
top of page
bottom of page
Comments