Kejatuhan harga minyak mentah global 2020 : Malaysia masih selesa atau sebaliknya ?
Oleh : Siti Nurulnaziha binti Husni
Pada 20 April 2020, dunia dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak mentah di peringkat global yang begitu signifikan. Kejatuhan harga sebanyak 306% menjadikan $(37.63) setong (barrel) bagi West Texas Intermediate (WTI) keluaran Amerika Syarikat telah mencetuskan desas-desus kepanikan pada dunia. Tidak ketinggalan pandangan ahli ekonomi dan rakyat Malaysia mengenai isu ini. Fenomena ini terjadi akibat daripada pandemik global Covid-19 yang melanda dunia sejak akhir Disember 2019 (laporan WHO). Langkah lockdown yang diambil oleh hampir seluruh negara yang terlibat telah menyebabkan permintaan yang rendah (low demand) terhadap penggunaan petrol dan diesel bagi kegunaan kenderaan seharian dan kegunaan komersial. Akibatnya, terjadi lambakan stok minyak di Amerika Syarikat dan mengundang kepada kejatuhan harga melampau dibawah $0. Apakah Malaysia terkesan dengan kejatuhan harga minyak mentah global ?
Isu global sering kali dikaitkan dengan efek domino (domino effect) di mana satu kesan memberikan kesan terhadap yang lain. Walaupun Malaysia tidak terlibat dengan penggunaan WTI keluaran Amerika Syarikat, namun harga minyak mentah WTI dijadikan penanda aras harga minyak mentah global termasuklah keluaran Brent Crude Oil (keluaran Shell UK) kegunaan import Malaysia dan lain-lain minyak mentah seperti ESPO (Russia), Maya (Mexico), Minas (Indonesia), Tapis (Malaysia) dan banyak lagi. Walaupun dikhabarkan bahawa harga minyak mentah WTI akan berada dalam keadaan baik pada bulan Jun iaitu diparas $20 setong (barrel), namun dunia harus sering berwaspada. Hal ini demikian kerana, global pandemik yang melanda hampir seluruh dunia masih memberikan impak besar terhadap permintaan dalam industri minyak dan gas. Antara langkah yang boleh diambil oleh kerajaan adalah dengan mengurangkan import minyak mentah dalam negara kerana harga minyak ditentukan oleh ‘supply and demand’ di mana sekiranya permintaan berkurang, negara-negara pengeluar minyak akan mengambil langkah untuk cut supply bagi meningkatkan kembali harga minyak mentah di pasaran.
Pasaran minyak merupakan double sword dalam ekonomi di mana kejatuhan harga minyak disambut baik buat pengguna (rakyat) tetapi ia menjadi satu beban kepada negara. Kejatuhan harga minyak mengundang kepada penurunan pendapatan negara terutamanya pada hasil cukai, royalti, dividen dan sebagainya. Keadaan ini akan mengurangkan kebolehan berbelanja negara khususnya pada perbelanjaan pengurusan (operating expenditure) dan memberikan tekanan untuk mencapai sasaran defisit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Laporan KDNK pada Februari 2020, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 3.6% pada suku akhir tahun 2019 menjadikan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.3% terendah sejak krisis kewangan 2009 berikutan gangguan dalam bekalan sektor komoditi. Diikuti dengan penularan Covid-19 dan kejatuhan harga minyak mentah diperingkat global akan melambatkan proses pembangunan negara ke arah negara maju pada tahun 2020. Terdapat banyak komoditi yang dihasilkan di Malaysia yang memberikan pendapatan kepada negara. Hasil yang diperoleh sangat diperlukan bagi perbelanjaan negara. Antara salah satu penyumbang terbesar dalam perbelanjaan negara adalah sektor petroleum. Terdapat lima komponen berkaitan petroleum yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia iaitu, i)Petroleum Income Tax Act (PITA), ii)Duti eksport petroleum, iii)Royalti PETRONAS, iv)Malaysia Thailand Joint Authority (MTJA) dan v)dividen PETRONAS. Dalam lima komponen ini, hasil PITA merupakan kebergantungan negara terhadap hasil cukai langsung iaitu merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam pendapatan negara Malaysia. Namun, hasil PITA bergantung kepada faktor perubahan harga minyak diperingkat global. Sekiranya harga minyak diperingkat global berada di paras tertinggi, maka negara akan memperoleh hasil yang berlebihan dan begitulah sebaliknya. Keadaan ini membimbangkan di mana pendapatan negara Malaysia sangat bergantung kepada hasil cukai, dividen dan royalti daripada sektor petroleum (PETRONAS). Dalam wawancara Bloomberg, kebimbangan ini diutarakan oleh Malaysia selepas pemansuhan GST. Pemansuhan GST telah mengurangkan hasil kira-kira RM20 billion. Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu mendepani isu ini dengan menyediakan pelbagai alternatif untuk mengimbangi kerugian akibat pemansuhan GST sebagai hasil negara dan mengurangkan kebergantungan pendapatan negara terhadap sektor petroleum yang bergantung kepada faktor harga minyak global.
Kesimpulannya, kerajaan Malaysia perlu bersedia mendepani krisis kejatuhan harga minyak mentah ini dengan mengubah cara pandangan iaitu menjadikan sektor perkhidmatan, commerce dan IT yang kurang terjejas sebagai fokus utama dalam menjana pendapatan negara. Sebagai contoh negara Singapura yang menjadikan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) sebagai tarikan pelancong di Changi Airport. Begitu juga dengan negara Jepun yang meneraju teknologi dengan penemuan Industrial Revolution 5.0. Hal ini demikian kerana, turun naik harga minyak adalah diluar kawalan dan merupakan fenomena biasa dalam hasil komoditi. Memandangkan kemajuan teknologi juga memberi kesan jangka masa panjang dalam penurunan harga minyak mentah dengan pengeluaran sumber bukan konvensional seperti bio bahan api dan kenderaan elektrik seperti keluaran oleh Tesla. #oilprices #COVID #unisza
Comments