top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

APAKAH US HANYA BERSIKAP INDIVIDUALISTIK ATAU MUTUALISTIK?

Updated: Mar 31, 2020

Oleh: Muhammad Ilman Syamim, Zuhair Zubir, Wan Zafifah, Nurin Najihah


Strategi yang ditunjukkan dan dilaksanakan oleh US dalam menguasai dan mengetuai kuasa-kuasa di dunia antarabangsa. Kedudukan geopolitik US yang mungkin terlepas pandang bagi pembaca berita tentang kegemilangan US namun jika dikaji dan dilihat mengikut perspektif penganalisa geopolitik dimana wujudnya situasi menarik iaitu bagaimana penglibatan US dalam semua aspek seperti kestabilan politik( balance of power), hak asasi manusia yakni berkaitan dengan keselamatan dan kemakmuran bersama.


Jika dikaji melalui geopolitik iaitu didefinisikan sebagai kedudukan sesebuah Negara dan bagaimana untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang lain seperti Negara Timur Tengah, Asia Tenggara dan sebagainya. Ini merupakan satu topik dan isu yang menarik untuk dikaji. Berdasarkan kedudukan US di dalam peta iaitu terpisah dari lautan pacific untuk menghubungkan hubungan baik dengan Negara Jepun, China dan juga Negara-Negara timur tengah. Seperti yang diketahui bahawa perebutan kuasa besar dunia antara Rusia dan US pada kejadian Perang Dingin telah menjadi satu titik perubahan dan sikap berjaga-jaga oleh US untuk mengekalkan US sebagai Ketua Dunia dan mengarahi negara yang baru membangun.


Dimana jika dilihat daripada kelebihan ideologi komunisma dimana ia mementingkan kesamarataan dan tiada penindasan dan jika ia disebarkan pada era globalisasi ini akan mengamit gugatkan keadaan dimana sekarang semua Negara yang mengamalkan ideologi kapitalisma iaitu memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengubah status diri dan mengembangkan lagi kemampuan Negara mereka dan ianya mewujudkan satu perasaan dimana amalan penindasan akan dihalalkan supaya tujuan dan matlamat mereka dapat dilaksanakan.


Oleh itu, kita dapat melihat pelbagai cara dan strategi yang dilaksanakan oleh US untuk menyatupadukan dan menguatkan hubungan antarabangsa kerana dengan adanya kerjasama, hal ini dapat mengurangkan risiko perebutan takhta siapa yang akan memegang dunia dan menjadi satu kuasa hegemoni yang disegani ramai.


Walaupun kita dapat lihat bagaimana US telah mengubah posisi daripada isolasionisme iaitu mementingkan keperluan dan kepentingan Negara kepada internasionalisme dimana setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah diambil kira kesan dan impak kepada Negara-negara yang lain.


Itu yang menjadi kerunsingan dan kebimbangan bagi penganalisa hubungan antarabangsa dalam aspek geopolitik jika Presiden Trump ingin mempraktikkan kembali isolasionisme dimana mengembalikan kembali “ AMERICAN THE GREAT”, hal ini dilihat sebagai satu tindakan yang mundur kerana daripada sudut kedudukan US yang terletak di benua yang lain dan tidak memiliki Negara-negara jiran yang dapat membantu untuk menerajui sidang antarabangsa nescaya China yang sekarang ini mengatur langkah yang bijak untuk menjadi idola kepada Negara-negara yang baru membangun seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan lain-lain akan membantu mewujudkan China The Great.


Persoalannya semakin menarik untuk dikaji iaitu ideologi komunisma yang dimodenkan dimana aspek politik dan ekonomi diasingkan akan mewujudkan satu semangat nasionalis dalam jiwa rakyat dan memudahkan untuk dibentuk dan diarahkan. Situasi dan isu yang semakin hangat dibahaskan kini menunjukkan betapa pentingnya untuk memahami geopolitik dalam hubungan antarabangsa dari pelbagai sudut dan tidak hanya melihat beberapa impak positif dalam melaksanakan dan memutuskan sesuatu keputusan.




#penulisanini tidak mewakili pandangan rasmi IRiSS UniSZA




0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page