top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Pemimpin yang berjaya memanfaatkan wabak Covid-19

Updated: Mar 31, 2020





Oleh: Imran Azmi


Tatkala pemimpin-pemimpin negara seluruh dunia tak tidur malam memikirkan gelombang kedua wabak korona yang semakin memburuk bermula 15 Mac 2020, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen telah menggunakan wabak ini sebagai metod untuk memperkuat imej domestik dan antarabangsanya.Tatkala negara lain menghalang kemasukkan warga China dan mereka yang berisiko dari menyebarkan wabak tersebut kepada warganegara mereka,Hun Sen lah satu-satunya pemimpin yang membuka tangannya luas, menerima mereka dengan hati yang nurani.Namun adakah Hun Sen yang memangku jawatan tertinggi di Kemboja seorang yang berhati nurani?atau hanya seorang oportunis yang menggunakan waktu kekacauan ini untuk ‘political gain’ dirinya sahaja?


Mari kita dalami hal ini bersama.


Namun sebelum kita mendalami bagaimana beliau memanfaatkan diri beliau dari COVID-19,adalah lebih afdhal untuk kita mengenali dahulu siapakah Hun Sen.Sebagai permulaan,beliau adalah pemimpin kuku besi yang telah telah memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Kemboja sejak tahun 1985 lagi,beliau adalah ketua kerajaan terpanjang Kemboja, dan salah seorang pemimpin terpanjang di dunia.Jika Anda fikir 22 + 4 tahun untuk Tun Dr Mahathir adalah cukup panjang,bayangkan Hun Sen,beliau memerintah Kemboja selama 35 tahun dan dengan umurnya yang baru mencecah 67 tahun pada 2020, beliau tidak menunjukkan sebarang petanda untuk turun dari ‘takhta’nya.


Media antarabangsa khususnya dari barat melabel beliau sebagai ‘the man who faked democracy’ pada 2019 atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Kemboja yang menyaksikan parti beliau memenangi semua kerusi parlimen di dalam negara itu setelah ‘membubarkan’ parti lawannya.Untuk lebih mudah di-interpretasikan situasi ini,benarkan saya untuk menjelaskannya dengan menggunakan konteks politik Malaysia,bayangkan beberapa bulan sebelum GE14 lalu,Najib Razak melalui mahkamah persekutuan membubarkan parti PAS,PKR dan DAP yang akan menyebabkan mereka tidak boleh bertanding dalam GE14.gila tak gila?.


Namun,Itulah apa yang dilakukan oleh Hun Sen pada pilihan raya negara tersebut.


Dalam 3 dekad pemerintahannya,Hun Sen memerintah Kemboja menggunakan keganasan.Dengan menggunakan ‘tentera persendiriaanya’,Hun Sen menyebarkan ketakutan kepada orang ramai dan mereka yang berani melawan rejim kerajaannya lebih lebih lagi mereka yang bercita-cita ingin menjadi seteru politiknya.Sudah tentu akan diburu oleh pasukan elit ini.Pilihan raya saban tahun di manipulasi olehnya supaya sentiasa berpihak kepada kerajaan,rasuah besar-besaran dan secara secara terang-terangan berleluasa untuk keuntungan ‘dinasti Hun Sen’


Sewaktu ditanyakan mengenai keutuhan regimnya ketika situasi politik ‘Arab Spring’ yang sedang memuncak di Timur Tengah,dimana kejatuhan pemimpin diktator sebarisnya di Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman,berikut adalah jawapan Hun Sen yang dengab jelas menunjukkan watak sebenarnya ke dunia,


"Saya bukan sahaja akan melemahkan pihak pembangkang, saya akan membuat mereka mati dengan apa cara sekalipun ... dan jika sesiapa cukup berani untuk cuba mengadakan demonstrasi, saya akan menangkap semua anjing itu dan meletakkannya di dalam sangkar."


Setelah mengenali Hun Sen,mari kita analisa sejarah hubungan antarabangsa Kemboja-China,kenapa Kemboja ni sangat baik dengan China?.Untuk permulaan,adalah lebih baik untuk kita tahun yang China mempunyai hubungan budaya dan komersial yang lama dengan Kemboja jikalau diteliti sejarah.Mengikut data,Kemboja adalah rumah kepada 950,000 migran dari China yang membentuk 3-5% populasi Kemboja, dan walaupun migran dari China telah menghadapi diskriminasi penduduk asal Kemboja puluhan tahun dulu,kini migran China telah muncul sebagai komuniti perniagaan yang membangunkan ekonomi Kemboja.


Sebelum kewujudan Belt-Road Initiative lagi (‘Belt and Road Initiative’ adalah salah satu kempen pelaburan China di negara-negara yang mempunyai kait rapat dengan laluan sutera yang wujud sejak ratusan tahun dahulu.Pelan ini dijangka menguntungkan China kerana mereka dapat memasarkan produk mereka dengan lebih meluas dan dapat mencapai 60% ‘market’ populasi dunia.Inisiatif yang dilakukan oleh China untuk meriealisasikan impian ini adalah dengan melaburkan puluhan bilion Dollar Amerika untuk membangunkan infrastruktur negara yang terlibat.Namun trend yang jelas adalah ‘lebih rapat sesebuah negara terhadap China,lebih banyak duit pelaburan yang diterima’),China telah lama melabur di dalam negara Kemboja,lama sebelum wujudnya BRI.Semasa lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao pada 7 April 2006, kedua-dua negara menandatangani beberapa perjanjian dua hala dan perjanjian yakni Kerjasama Komprehensif Kerjasama. China mempelbagaikan bantuan dan pelaburannya di Kemboja dan berjanji untuk menyediakan US $ 600 juta dalam pinjaman dan geran untuk pembangunan infrastruktur di Pnomh Penh. China telah membatalkan sebahagian besar hutang Kemboja dan membiayai pemulihan kuil Angkor Wat dan tapak warisan yang menjadi ikon negara tersebut. Kira-kira $ 200 juta telah di-peruntukkan sebagai pinjaman faedah rendah untuk pembinaan jambatan yang merangkumi sungai Mekong dan Tonle Sap. China telah memupuk hubungan yang kuat dengan Kemboja,sehinggakan semasa lawatan itu, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menggambarkan China sebagai "sahabat paling dipercayai di Kemboja."


Jadi tidak peliklah jika Hun Sen menjadi pemimpin Asia yang menjadi ‘Yes man’ paling konsisten China,Jika jirannya yakni Vietnam mengambil pendekatan menolak kemaraan gelombang politik antarabangsa Beijing (oleh kerana isu tuntutan bertindih laut Cina Selatan,Hun Sen pula mengalu-alukan kehadiran Beijing.Beberapa bulan sebelum kemunculan wabak dari daerah Wuhan,China memeterai perjanjian ketenteraan dengan Cambodia yang bernilai 90 Juta USD,sebagai bekas pemimpin tentera,sudah pasti Hun Sen gembira dengan perjanjian ini!


Sebagai seorang pemimpin yang dilihat amat konservatif dalam memimpin negaranya,langkah yang diambil olehnya dalam mengendalikan pandemik ini adalah terbalik dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin lain.Buktinya disaat kerajaan diserata dunia mula menghalang penerbangan masuk warga China atas potensi penyebaran wabak Covid-19 yang mengganas di Wuhan,beliau enggan melarang penerbangan terus antara Kemboja dan China, dengan merasionalisasikan ia akan mengganggu hubungan dua hala dan menyakiti ekonomi negaranya.Disaat pemimpin lain menutup sempadan mereka (walau dengan berat hati)Kemboja terus menerima mereka yang ingin keluar dari China dengan tangan yang terbuka.Alangkah kuatnya ‘soft-power’ yang dimiliki oleh China terhadap Kemboja.


Malah untuk menunjukkan betapa ‘tidak terkesannya’ beliau terhadap Covid-19,Hun Sen sendiri menaiki kapal terbang terus ke China.Beliau berharap dapat mendarat di daerah Wuhan,kawasan paling terjejas akibat wabak tersebut untuk menunjukkan dunia betapa ‘tidak serius’nya wabak tersebut yang ketika itu masih lagi di tahap epidemik.Namun niat ‘nurani’nya untuk melawat Wuhan ditolak oleh pihak China namun di’upgrade’ dengan perjumpaan dua hala bersama Xi Jinping(Setiausaha Agung Parti Komunis China).Ini kerana Jinping sendiri terharu dengan sokongan yang diberikan sekutunya itu diwaktu China lumpuh secara ekonomi dan sosial.


Tidak cukup dengan pujian yang diberikan China,Hun Sen mahu dirinya ‘diiktiraf’ oleh barat,paling penting Amerika Syarikat.Beliau nampak akan peluang yang timbul dalam isu Kapal Westerdam.Disaat Kapal Persiaran Westerdam yang tidak dibenarkan untuk melabuhkan sauh di Thailand,Jepun,Filipina dan Guam,Kemboja membuka pelabuhannya untuk mereka.Pelabuhan bawah jajahan US yakni Guam pun takut nak bagi kapal ni berlabuh walaupun majoriti penumpang kapal tersebut adalah warga US sendiri,tapi Kemboja,sebuah negara yang tidak mempunyai fasiliti kesihatan yang lengkap juga yang terima.Namun bukan itu sahaja.


Beratus-ratus penumpang kapal pesiar Westerdam bersorak kerana mereka dibenarkan turun dari kapal di Sihanoukville lebih mengejutkan lagi apabila Perdana Menteri Hun Sen sendiri tiba menggunakan Helikopternya menyambut mereka.Hun Sen mengingkari arahan penasihatnya dan bersalaman dengan ratusan penumpang kapal persiaran yang berisiko tinggi mempunyai pembawa Covid-19.Beliau tiba dengansejambak bunga ditangan dan senyuman yang lebar di bibir serta kata-kata manis yang terbit dari lidahnya.Dalam pertemuan ini,beliau dilihat tidak mengunakan sebarang topeng muka kerana percaya yang ianya ‘tidak mesra’,beliau turut menggalakkan para penumpang kapal tersebut untuk melawat bandar Sihanoukville,bandar kasino terbesar di Kemboja. Episod membenarkan kapal persiaran ini melabuh, meletakkan beliau kononya sebagai seorang yang tidak mendiskriminasi dan berperikemanusiaan kepada penumpang yang terkandas, dan dunia.


Impresi ‘Meski anda ditolak di negara lain,anda diterima di Kemboja’ disemai dalam minda mereka. Hun sen mempertaruhkan keselamatan rakyatnya dan dirinya demi secebis publisiti dan perhatian warga antarabangsa.Pertaruhannyamembuahkan hasil apabila dalam satu momen yang tak dijangka,Donald Trump sendiri mengucapkan terima kasih kepada Hun Sen melalui akaun rasmi Twitternya,suatu yang jarang jarang berlaku.


Sebagai seorang diktator yang sudah lama berkecimpung dalam politik,Hun Sen tahu bagaimana untuk mengawal tindak-tanduk rakyatnya.Setelah hampir sebulan ‘musim publisiti’nya tamat,Kemboja kini di ambang ketakutan menyebaran wabak Covid-19.Kemboja menutup semua sekolah dan universiti awam di negara itu pada 17 Mac 2020 dan semua pusat hiburan termasuk kasino dan pusat karaoke ditutup pada 19 Mac 2020.Sektor ekonomi Kemboja mula lumpuh satu per satu seperti negara-negara lain yang dilanda Covid-19.Namun Hun-Sen masih lagi mempertahankan tindakannya dan melabel Covid-19 sebagai satu penyakit yang tidak sepatutnya ditakuti.

0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page