top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Malaysia Dalam Menangani Wabak

Updated: Mar 31, 2020



Oleh: Zuhair Zubir H1N1 Wabak ini berasal dari kandang babi di Mexico sekitar tarikh awal Mei 2009 dan virus ini dikatakan datang menyerang Malaysia melalui barangan import berasaskan produk haiwan iaitu babi pada tahun yang sama iaitu 2009 dan anggaran jumlah kes adalah 2253 kes. Jumlah kematian pula adalah sebanyak 76 orang. Istilah telah ditukar daripada influenza H1N1 kepada selesema babi untuk memudahkan fahaman dan antara langkah berhati hati khususnya dalam produk berasaskan haiwan iaitu babi. Kerajaan Malaysia dibuktikan sebagai negara yang sangat teliti khususnya dengan wabak SARS dan H5N1 (selsema burung) di mana tiada kes penularan dicatatkan. Dalam kes wabak selsema babi ini pula, antara langkah diambil adalah pemeriksaan di lapangan terbang, pengagihan lebih 2,000,000 ubat alternatif di hospital swasta dan kerajaan. Selain itu, sekolah diketatkan dengan "strict hygiene" dan ditutup sekiranya terdapat pelajar yang terkena wabak itu. Covid-19 Wabak ini berasal dari Wuhan di China dan telah menular pada awal Disember sehingga sekarang di 160 negara di dunia dan dijangkakan akan meningkat. Wabak corona virus sebenarnya jika dibandingkan dengan virus yang lain dan yang pernah wujud, ianya tidaklah berbahaya dan serius. Walaubagaimanapun, disebabkan penularan yang sangat cepat dan banyak, wabak ini telah menjadi tumpuan setiap negara di dunia. Nama Corona telah ditukar kepada covid-19 iaitu singkatan bagi COrona VIrus Disease 2019. Langkah yang diambil oleh kerajaan ketika awal virus ini merebak adalah memberhentikan keluar masuk khususnya di airport penerbangan dari/ke Wuhan dan beberapa daerah yang berhampiran. Setelah wabak Covid-19 ini telah mencapai angka yang membimbangkan terutamanya selepas kejadian program yang menghimpunkan ramai orang seperti acara keagamaan. Malaysia telah mengeluarkan "lockdown" iaitu mengawal selia pergerakan dari 18 Mac sehingga 31 Mac. Hampir semua operasi ditutup melainkan bahagian pentadbiran dan beberapa agensi bagi memastikan kehidupan seharian boleh berjalan seperti kedai runcit, pasaraya, syarikat elektrik dan air. Sebagai kesimpulan,seluruh negara di dunia dan tidak terkecuali Malaysia telah berupaya menangani wabak wabak dan ini dapat dibuktikan dengan sejarah wabak yang pernah dialami di Malaysia dan titik ukuran disini adalah samada cepat ataupun lambat. Walaubagaimanapun, mengambil kira faktor populasi yang banyak, media massa dalam menyebarkan berita panik dan pergerakan manusia yang mudah dan murah secara tidak langsung telah merencatkan usaha negara negara dalam menangani wabak. Oleh itu, setiap orang diseru untuk terus bersikap seperti manusia selama mana yang diperlukan untuk menentang virus atau wabak ini.





0 comments

Commentaires


Home: Subscribe
bottom of page