top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Covid-19 : Pengunaan Istilah yang Tepat

Updated: Mar 31, 2020



Oleh: Muhammad Aiman Roszaimi


Wabak Covid-19 dilihat telahpun memasuki fasa kemuncak, banyak kes diluar Wuhan telah berevolusi menjadi beberapa kluster.


Malaysia tanpa kecuali turut terkesan dengan evolusi penyebaran wabak Covid-19, terutama kes yg melibatkan kluster yg terlibat dgan "mass gathering".


Layman dan Dr. Google mula menjadi panik dengan mengutarakan istilah dan persoalan yg dangkal seperti Malaysia perlu istihar darurat, lock down tu sama dgan darurat dll.


Tahukah anda perbezaan diantara lockdown dan darurat(emergency)? Hatta kesannya juga mempunyai perbezaan yg ketara.


Darurat(Emergency)


Darurat merupakan satu perintah berkurung yg hanya boleh dikeluarkan oleh YDPA dibawah Perkara 150(darurat keselamatan) atau badan Eksekutif dibawah dasar MKN(Majlis Keselamatan Negara) no. 20 untuk darurat bencana sahaja.


Jika anda berada disatu tempat seperti Universiti dan pihak autoriti anda mengunakan istilah ini, maka ianya kurang sesuai kerana ia istilah yg khas. Kuasa untuk istihar darurat bukan datang dari orang biasa.


Darurat memaksa untuk mobiliti dihadkan semaksima mungkin, anda mungkin dilarang keluar rumah sama sekali, semasa darurat kerajaan dibenarkan melaksanakan polisi yg dilarang undang-undang demi mendapatkan semula kestabilan politik.


Malaysia pernah mengalami tempoh darurat seperti Darurat Mei 1969, Darurat Komunis 1948, Darurat Sarawak 1966 (pergelutan kuasa kerajaan negeri dengan Persekutuan) dll.


Lockdown


Lockdown mudah difahami sebagai pengasingan, tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut dan mobiliti dihadkan namun aktiviti tertentu masih dibenarkan, kedai dan bank masih dibuka untuk org ramai. Namun ia tertakluk kepada negara dalam menentukan model lockdown yg terbaik untuk negara mereka. Model Lockdown China dan USA berbeza.


Untuk pengasingan atau lockdown, semua pihak yg ada autoriti boleh gunakan terma ini, lebih sesuai dan pengunaannya tidak menimbulkan kesan psikologi yg melampau.


Dalam tempoh pengasingan(lockdown), kerajaan masih perlu laksanakan polisi yg berlandaskan perlembagaan. Itulah perbezaan paling besar darurat dan pengasingan.


Pengunaan istilah yg tepat bakal memberi impak dalam tafsiran masyarakat dalam memahami keadaan semasa dan ia mampu mengurangkan rasa panik.


Lockdown Model Malaysia



Di Malaysia, PM-8 menamakan pendekatan ini sebagai "Perintah Kawalan Pegerakkan". Mobiliti masuk pelancong dan warga asing disekat(lockdown) sehingga 31 mac.


Tetapi pegerakkan dalaman rakyat masih boleh dilakukan seperti biasa kerana ia bukan perintah berkurung, ianya cuma dikurangkan dengan penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali sektor yg penting.


Premis penting seperti pasaraya, kedai serbaneka, bank dll masih beroperasi seperti biasa. Rakyat Malaysia disarankan supaya tidak panik dan ikuti saranan KKM dengan baik.



0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page