top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

FAKTA MENGENAI PERJANJIAN DAMAI AMERIKA SYARIKAT DAN TALIBAN

Updated: Mar 31, 2020



Oleh: Imran Azmi


1. Pada 29 Februari,Amerika Syarikat (A.S.) dan Taliban telah menandatangani perjanjian damai yang bertujuan untuk menamatkan perang di antara dua pihak tersebut yang secara rasminya telah berperang selama 18 tahun. A.S. dan Taliban telah bersetuju yang perjanjian ini akan membuka jalan bagi keamanan di Afghanistan. Wakil Khas A.S. Zalmay Khalilzad dan ketua kumpulan Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, menandatangani perjanjian bersejarah yang turut dihadiri oleh diplomat dari India, Pakistan dan beberapa wakil negara anggota PBB yang berkumpul pada pagi Sabtu di Sheraton Hotel,Doha,Qatar


2. Pengisytiharan damai antara Amerika Syarikat dan Taliban ini sebenarnya adalah salah satu inisiatif Donald Trump untuk memenuhi janji kempen utama pemilihan Presiden untuk mengeluarkan Amerika daripada "peperangan tidak berkesudahan” Di bawah perjanjian itu, AS akan mula menghantar ribuan tenteranya pulang dari tanah Afghanistan dengan syarat pihak Taliban akan menghalang Afghanistan daripada menjadi markas dan pusat latihan pengganas di masa akan datang. Jika Taliban memenuhi tuntutan tersebut, Semua tentera AS akan dikeluarkan dalam masa 14 bulan.


3. Sehingga 2018, terdapat lebih kurang 2,440 kematian tentera A.S. dalam Perang Afghanistan. 1,856.20,320 pula telah tercedera dalam semua operasi ketenteraan yang dilakukan AS. Kematian orang awam Afghanistan yang direkodkan pula menurut Institut Watson untuk Hal Ehwal Antarabangsa & Awam, pada Januari 2015 kira-kira 92,000. Angka kematian dan kecederaan berkurangan secara drastik untuk tahun-tahun yang seterusnya atas kecenderungan AS menggunakan teknologi dron sahaja dalam kempen-kempen serangan terhadap Taliban.


4. Jika kita imbas kembali, AS melakukan serangan berskala besar di bumi Afghanistan selepas peristiwa berdarah September 11, 2001. Semua ini didalangi oleh George W. Bush yang mengatakan serangan tersebut sejajar dengan ‘national interest’ Amerika Syarikat dalam melindungi warganegara mereka. Pada ketika itu,Taliban berkuasa di Afghanistan, dan mereka dilihat melindungi Osama Bin Laden dan Al-Qaeda pada ketika itu.


5. Lebih kurang setahun sebelum peristiwa 9/11,Pada Disember 2000, United Nation Security Council dalam resolusi 1333, menyedari akan keperluan bantuan kemanusiaan untuk orang Afghan,UN juga mengutuk penggunaan Wilayah Taliban untuk latihan "pengganas" dan tindakan Taliban dalam menyediakan perlindungan politik kepada Osama Bin Laden, atas dua sebab diatas sekatan yang ekonomi telah dikenakan terhadap Afghanistan


6. Pasukan tentera AS hanya memerlukan beberapa bulan untuk melumpuhkan Taliban Di Afghanistan dan mengusir Osama Bin Laden dan pengikut fanatiknya ke sempadan Pakistan, tetapi perang berlarutan selama bertahun-tahun oleh kerana Amerika Syarikat gagal menubuhkan sebuah negara yang stabil, berfungsi dalam salah satu kawasan yang paling bergolak di dunia. Walaupun AS memiliki segala kecanggihan dan kelebihan berbanding Taliban,Taliban masih lagi memegang separuh wilayah Afghanistan setelah 18 tahun berperang.


7. AS menghabiskan lebih daripada $750 Billion untuk memerangi Taliban untuk 18 tahun namun konflik dilihat tidak reda. Kekurangan penjelasan politik sejak pencerobohan bermula, dan persoalan tentang keberkesanan strategi AS yang berkali-kali gagal untuk ‘install’ demokrasi di negara bergolak tersebut sejak 18 tahun yang lalu.


8. Pada masa ini terdapat lebih daripada 16,500 askar yang berkhidmat di bawah panji NATO, di mana 8,000 askar adalah warga Amerika. Jerman mempunyai anggota kedua terbesar, dengan 1,300 tentera, diikuti oleh Britain dengan 1,100.


9. Pada semua, 38 negara NATO menyumbangkan kuasa kepada Afghanistan. Perikatan secara rasmi menghentikan misi tempur pada tahun 2014 dan kini aktif menyediakan latihan dan sokongan kepada pasukan Afghan. Namun sehingga kini ramai pengkritik masih meragui kebolehan Afghan National Army (ANA) dalam meneutralkan ancaman Taliban.


#penulisanini tidak mengambarkan pandangan IRiSS



0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page