top of page
Home: Blog2
Search
Writer's pictureIRed Project

HARGA MINYAK JATUH SEHINGGA KE PARAS NEGATIF! APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

HARGA MINYAK JATUH SEHINGGA KE PARAS NEGATIF! APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?


Oleh: Natasya Afriena binti Syeif Azizirrahim

(Pelajar Tahun Akhir Hubungan Antarabangsa) Pada 20 April 2020, dunia dikejutkan dengan berita penurunan harga minyak WTI iaitu West Texas Intermediate secara mendadak sehingga mencapai paras AS$-37.63 setong. Penurunan harga ini tidak lain tidak bukan adalah berpunca daripada global pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Kebanyakan negara menjalankan inisiatif lockdown bagi memutuskan rantaian COVID-19. Oleh itu, secara tidak langsung ia melambatkan pertumbuhan ekonomi apabila banyak industri tidak dapat meneruskan operasi seperti biasa dan pengangkutan juga terjejas. Harga minyak ditentukan berdasarkan permintaan (demand) dan penawaran (supply), harga minyak jatuh akibat berlakunya penawaran yang berlebihan (oversupply). Minyak dikeluarkan namun permintaan semakin berkurang. Oleh itu, berlakulah penurunan harga secara mendadak. Begitu juga dengan penurunan harga minyak Brent Crude namun ianya tidaklah seteruk WTI Crude. Harga minyak Brent Crude masih di paras postifi $25. Apa perbezaan WTI Crude dan Brent Crude? Terdapat pelbagai jenis minyak di sekeliling minyak, tetapi dua utama adalah WTI dan Brent. Penggunaan petunjuk penanda aras memudahkan para penjual dan pembeli untuk beralih kepada jenis minyak. Terdapat kelaziman antara WTI, Brent dan campuran lain yang disebabkan oleh kos pengangkutan. Inilah harga yang memacu harga di pasaran minyak global. Minyaknya dijual pada kontrak bulanan sebanyak 10,000 tong setiap bulan. Barel itu mempunyai berat kira-kira 159 liter. Jenis derivatif ini didagangkan di bursa saham seperti New York Mercantile Exchange (NYMEX). Brent Crude dianggap sebagai kriteria terbaik dan paling asas untuk sebatian minyak lain. Ia adalah campuran empat buah Brent Blend, Forties Blend, Oseberg dan Ekofisk minyak (juga disebut sebutharga BFOE) yang diekstrak dari Laut Utara. Manakala WTI pula ialah jenis minyak Amerika. Ia adalah produk utama kontrak niaga hadapan (futures market) minyak di New York Commodity Exchange. WTI adalah yang sering disebut sebagai harga minyak media, pasaran kewangan dan sebagainya. Minyak ini diesktrak di selatan Amerika Syarikat oleh Texaco (Texas dan Teluk Mexico) dan kemudian dihantar ke tangki simpanan minyak WTI di Cushing, Oklahoma hab minyak terbesar di Amerika Syarikat. Pendapatan kita di Malaysia adalah bersandarkan harga minyak Brent Crude. Satu lagi istilah yang perlu difahami tentang penurunan harga minyak ini ialah futures market atau pasaran hadapan. Kepanikan Amerika Syarikat berkenaan penurunan harga minyak ditambah apabila tarikh akhir bagi penjualan kontrak ‘trade crude oil futures’ minyak bagi penghantaran bulan Mei di NYMEX yang ditetapkan adalah pada 21 April 2020. Futures market ini dalam erti kata mudahnya adalah seperti ‘pre-order’. Pedagang akan membeli kontrak minyak dengan harga sekarang tetapi bukan untuk kegunaan sekarang, sebaliknya minyak tersebut akan dihantar pada masa hadapan. Ini adalah bertujuan untuk mendapat keuntungan apabila menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang lebih tinggi. Namun, apabila minyak tidak terjual sehingga tarikh luput kontrak, minyak akan dihantar secara fizikal kepada pedagang tersebut. Maka, muncullah kegusaran kedua bagi Amerika Syarikat iaitu kepadatan tangka simpanan minyak. Kini, oleh kerana permintaan yang terhad dan pengeluaran yang berlebihan, Amerika Syarikat menghadapi masalah dengan tempat penyimpanan minyak. Tangki simpanan minyak di Oklahoma sudah hampir penuh akibat oversupply? Di mana selepas ini Amerika Syarikat mahu menyimpan minyak mereka jika tangka penuh? Sudah tentunya penyimpanan minyak yang berlebihan di tangka akan mewujudkan risiko kepada alam sekitar dan masyarakat. Oleh yang demikian, Arab Saudi-Rusia bersetuju untuk memotong pengeluaran minyak sebanyak 9.7 juta tong sehari bermula pada 1 Mei ini. Diharapkan langkah ini mampu meningkatkan semula kenaikan harga minyak global. Tidak lupa juga, sama-sama kita berdoa agar COVID19 dapat dipulihkan dengan segera.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


Home: Subscribe
bottom of page