top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Diplomasi Perubatan: Covid-19

Oleh: Muhammad Aiman Roszaimi Tenaga kerja sangat diperlukan disaat-saat genting begini(pandemik) kerana bukan semua orang mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk berkhidmat sebagai ahli perubatan. Bekalan juga semakin hari semakin berkurangan, bekalan barang bagi merawat sudah tentu sangat krusial dalam proses merawat pesakit yang terkesan, ditambah pula barang pencegahan seperti penutup muka, sanitizer perlu juga disediakan bagi membantu langkah pencegahan yang efektif. Disinilah, aktor mengunakan perubatan sebagai instrumen polisi antarabangsa mereka, perubatan merupakan salah satu cara negara untuk membina reputasi(good country image) yang baik dipentas antarabangsa. Semenjak minggu lepas, beberapa negara telah dikesan mengerakkan perubatan sebagai instrumen diplomasi mereka. China Setakat ini, negara China telah mengerakkan diplomasi perubatan mereka secara besar-besaran ke negara seperti Sepanyol, Belanda, Itali dan Malaysia. China menghantar bantuan perubatan mereka untuk membantu kawasan baru yang sedang terkesan teruk akibat wabak Covid-19 ini. Pada 15 Mac, China telah menyatakan komitmen mereka dalam membantu misi melawan wabak Covid-19 diluar China(Sepanyol). Selain itu, China juga telah berjaya memberi bantuan lain diluar China seperti Malaysia(10 juta penutup muka) dan Itali(pakar perubatan). “China has decided to urgently provide a batch of medical supplies assistance based on the needs of Spain, and open commercial channels for Spain to import urgently needed personal protective equipment and medical materials” (Menteri Hubungan Luar Sepanyol, Arancha Gonzalez Laya) Setelah daerah Wuhan berjaya mencatatkan sifar kes jangkitan baru bermula 19 Mac yang lalu, kini China memasuki fasa membaik pulih reputasi mereka pula, naratif meneutralkan asal usul Covid-19 dan keperihatinan China terhadap antarabangsa mula dibangunkan semenjak itu. Cuba Cuba pula melalui misi kemanusiaannya telah menghantar pakar perubatan dan jururawat mereka ke Lombardi, Itali pada 22 Mac untuk membantu barisan hadapan disana selepas Itali mencatat hampir 800 ratus kes baru sehari pada sabtu lepas. Ini bukan kali pertama, Cuba menghantar pakar perubatan mereka untuk menjadi “frontliner” menghadapi wabak seperti ini. Semasa dunia diserang wabak Cholera(Haiti) dan Ebola(Afrika Barat), Cuba merupakan watak terpenting dalam melawan dan merekalah antara barisan terawal menghulurkan bantuan. Pendekatan Cuba dalam perubatan ini lebih kompleks untuk diterangkan, ianya bermula semenjak 1959(Revolusi Cuba) lagi, yang dikenali sebagai misi memulihkan imej Cuba diperingkat antarabangsa(Cuban Medical Internationalism). Cuba bukanlah negara yang mudah dilunakkan oleh kuasa besar, tambahan pula Cuba menganuti komunisme dalam pentadbiran kerajaan mereka. Jesteru, untuk memastikan diri mereka tidak berterusan dibenci dan dipulaukan oleh komuniti antarabangsa, Cuba mengunakan diplomasi doktor/perubatan ini sebagai salah satu langkah meningkatkan “softpower” mereka. Hingga kini, Cuba mempunyai hampir 42,000 pekerja perubatan yang berada di 103 negara melalui kerjasama antarabangsa. Kesimpulan

Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk menunjukkan bahawa negara-negara ini mahu mengambil kesempatan terhadap orang lain tetapi ianya sekadar menghuraikan antara teknik diplomasi yang diguna pakai dalam tempoh yang dikenali politik pandemik . Misi kemanusiaan membawa signal yang penting dalam memahami hubungan antarabangsa. Disebalik niat bantuan kemanusiaan, terselit kepentingan negara yang harus digilap secara strategik.

0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page