top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

Casa de Papel(Money Heist): Pengunaan Bella Ciao semasa pandemik

Oleh: Muhammad Aiman Roszaimi


Bagi peminat drama bersiri Netflix Money Heist(Casa de Papel), semestinya anda pernah mendengar sebuah lagu yang mempunyai irama yang rancak dan lirik yang diulang-ulang “Bella Ciao” yang bermaksud “Goodbye Beautiful”. Bella Ciao ini sebenarnya bukan lagu asli drama bersiri ini tetapi mempunyai sejarah evolusi yang panjang dan makna yang mendalam kepada orang yang faham. Lagu ini merupakan lagu rakyat(folk song) yang ditujukan untuk golongan Modine(tukang buang rumpai pokok padi). Golongan Modine merupakan symbol kemiskinan pada awal kurun ke-20, kerja mereka merupakan “seasonal”(bermusim), kadar upah yang tidak setimpal dan kondisi kerja yang brutal(panas terik). Modine mengunakan lagu “Bella Ciao” sebagai sumber motivasi mereka semasa demostrasi dalam keadilan sebagai seorang pekerja iaitu menuntut had tempoh kerja dan kadar upah yang setimpal. Peristiwa ini merupakan evolusi pertama untuk ini. Antara lirik pada evolusi pertama: E fra gli insetti e le zanzare(And between insects and mosquitoes) O bella ciao bella ciao bella ciao ciao ciao E fra gli insetti e le zanzare(and between insects and mosquitoes) Un dur lavoro mi tocca far(a hard work I have to work) Seterusnya, lagu Bella Ciao terus mengalami evolusi semasa era Perang Dunia Kedua(1939-1945) apabila Itali berkerjasama dengan golongan fasis dan Nazi ketika itu. Lagu ini diguna pakai pula oleh golongan partisan atau dikenali sebagai Italian Resistance Movement(CLN) sebagai sumber motivasi perjuangan mereka membebaskan Itali daripada pemimpin rakus yang tergamak berkerjasama dengan Nazi. Lirik lagu sedikit berubah mengikut kesesuaian perjuangan anti-nazi pada waktu itu: Una mattina mi son alzato(One morning I awakened) O bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao! Una mattina mi son alzato(One morning I awakened) e ho trovato l'invasor(And I found the invader) Lagu Bella Ciao ini sangat terkenal sebagai lagu rakyat yang menjadi simbol kebebasan dan melawan bagi orang eropah, ia bukan baru terkenal selepas membuat kemunculan dalam siri Money Heist. Evolusi moden yang berlaku terhadap lagu ini juga turut berlaku sebagai simbol perjuangan bagi sesebuah pasukan bola sepak(https://www.youtube.com/watch?v=7ZCM06k8yfc) dan ia juga mendapat pelbagai “cover” daripada artis seluruh dunia(https://www.youtube.com/watch?v=6FYDOlsO1fw). Hari ini pula, bagi menunjukkan solidariti perjuangan Itali dalam melawan pandemik Covid-19, “Bella Ciao” bukan hanya bergema didalam kaca tv tetapi bergema di jalanan dan balkoni perumahan seluruh Eropah(https://www.youtube.com/watch?v=z5CrScIHAuE), (https://www.youtube.com/watch?v=BSWYSww-RlY). Malangnya bagi menghadapi penyakit berjangkit bukan semudah “makan kacang”, solidariti melalui nyanyian tidak cukup untuk membasmi penyebaran wabak. Solidariti juga perlu diterjemahkan dalam bentuk mengikuti arahan kerajaan dan bertindak secara proaktif dalam melawan penularan secara kolektif. Inilah pelajaran terpenting yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia jika mereka benar serius mahu mengatakan “bella ciao” kepada coronavirus.

0 comments

Commenti


Home: Subscribe
bottom of page