top of page
Home: Blog2
Search
  • Writer's pictureIRed Project

3 Mekanisme Menyelesaikan Krisis Pelarian Menurut UNHCR

3 Mekanisme Menyelesaikan Krisis Pelarian Menurut UNHCR Oleh:Imran Azmi



Status tempat tinggal di negara tuan rumah sementara di bawah perlindungan UNHCR sementara sangat tidak pasti kerana pelarian hanya diberi visa sementara yang harus diperbaharui secara berkala. Daripada hanya menjaga hak dan kesejahteraan asas pelarian di kem atau di perkotaan untuk sementara waktu, misi utama UNHCR adalah mencari salah satu daripada tiga penyelesaian jangka masa panjang untuk pelarian yakni: integrasi, pemulangan, penempatan semula di negara ketiga. Langkah pertama yang bakal saya tulis adalah kurang popular iaitu, Integrasi tempatan. Integrasi tempatan merujuk kepada penyelesaian pelarian dengan pemberian hak undang-undang sepenuhnya dalam negara yang mereka melarikan diri. Ini adalah salah satu penyelesaian tahan lama untuk pelarian. Integrasi tempatan adalah proses yang kompleks oleh kerana mungkin norma hidup pelarian di negara asal mereka amatlah berbeza dengan negara yang mereka melarikan diri. Bahasa juga meletakkan satu jurang yang nyata dalam membentuk sebuah masyarakat yang 100% berintergrasi. Rakyat negara penerima yang cenderung ke arah konservatif mungkin menolak cara ini kerana secara realisnya rakyat setempat haruslah diutamakan. Pemimpin yang setuju dengan langkah integrasi tempatan mampu mencuba namun tindak-tanduk pelarian juga membentuk naratif samada baik atau buruk dan di akhirnya, penerimaan masyarakat setempat terhadap pelarian adalah aspek yang paling penting dalam menjayakan langkah ini. Melalui proses ini, pelarian diberi hak untuk bekerja dan menetap di negara yang menerima mereka. Ini adalah berdasarkan syarat-syarat Konvensyen Pelarian 1951, pelarian diberi hak untuk mencari pekerjaan, terlibat dalam kegiatan menjana pendapatan lain, memiliki dan melupuskan harta benda, menikmati kebebasan bergerak dan mendapat akses kepada perkhidmatan awam seperti pendidikan. Salah sebuah negara yang menggunakan pakai langkah yang dikeluarkan oleh UNHCR ini adalah seperti contoh Turki, yang secara terbukanya membuka jalan untuk mengintegrasikan hampir 4 juta penduduk Syria ,kumpulan pelarian terbesar yang telah melintasi sempadan Syria dek kerana perang saudara yang tidak berkesudahan selama lapan tahun. Pemulangan sukarela dianggap sebagai penyelesaian utama jangka masa panjang bagi pelarian. Pemulangan sukarela bermaksud, setelah meneliti semua maklumat yang ada mengenai keadaan di negara asal mereka, pelarian membuat keputusan yang ianya sudah selamat untuk mereka pulang secara sukarela untuk membina semula hidup mereka di tanah air asal mereka. Bagi sesetengah pelarian,secara psikologinya tiada tempat yang lebih selesa daripada tanah air sendiri.Seperti contoh pelarian generasi kedua yang membesar di Amerika Syarikat yang kembali ke Vietnam yang lebih makmur daripada 40 tahun lepas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya yang mereka tinggalkan dan untuk membantu merangsang ekonominya yang sedang berkembang berbekalkan ilmu yang mereka peroleh di institusi pendidikan yang komprehensif di A.S. Contoh lain yang lebih dekat dengan kita adalah sekelompok kecil pelarian bosnia pada pertengahan 1995 dibawa ke Malaysia dan diberikan biasiswa pendidikan di Malaysia sebelum pulang ke negara asal membawa harapan pembinaan semula negara bangsa yang punah dek perang yang dahsyat. Proses penghantaran pulang biasanya diuruskan oleh UNHCR atau negara yang menerima mereka pada asalnya.Namun terdapat juga sebilangan pelarian yang pulang ke negara asal mereka dengan wang yang telah mereka jana sewaktu di negara mereka berlindung. Dalam kebanyakan kes, pemulangan mesti dilakukan secara sukarela dan tiada unsur paksaan. Kebanyakkan negara barat ‘incentivise’ pelarian untuk pulang dengan memberikan dana atau pinjaman wang untuk mereka membina hidup baru di negara asal mereka. Pemulangan sukarela dipromosikan sebagai penyelesaian jangka-masa panjang, Ianya baik untuk pelarian dan juga terhadap masyarakat antarabangsa, tetapi syarat penting tertentu mesti dipenuhi antaranya redanya konflik yang menyebabkan mereka untuk lari dari negara asal mereka. Langkah yang ketiga adalah penempatan semula di negara ketiga. Penempatan semula negara ketiga melibatkan pemindahan pelarian yang dibantu dari negara di mana mereka telah meminta suaka ke negara ketiga yang selamat yang telah bersetuju untuk mengakui mereka sebagai pelarian. Kebanyakkan pelarian memilih untuk meminta suaka di negara negara yang ‘developed’ antaranya Australia dan UK. Ini boleh untuk penyelesaian tetap atau terhad pada beberapa tahun tertentu. Ini adalah penyelesaian ketiga untuk jangka masa panjang dan hanya dapat dipertimbangkan apabila dua penyelesaian lain diatas terbukti mustahil. UNHCR secara tradisional telah melihat penempatan semula sebagai "penyelesaian tahan lama" yang paling tidak disukai daripada situasi pelarian. Namun, pada bulan April 2000, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Sadako Ogata, menyatakan "Penempatan semula tidak lagi dapat dilihat sebagai penyelesaian tahan lama yang paling tidak disukai; dalam banyak kes, ini adalah satu-satunya jalan keluar untuk pelarian.Antara peristiwa yang terpahat di dalam sejarah dunia tentang langkah ini adalah ‘Operasi Hidup Baru’ adalah proses perawatan dan pemprosesan yang berlaku di Kepulauan Guam yang menempatkan pelarian Vietnam yang dipindahkan dari Vietnam di ambang peristiwa ‘Fall Of Saigon’ yang menandakan kekalahan total Amerika Syarikat dalam kemaraan tentera komunis. Lebih daripada 111,000 daripada 130,000 pelarian Vietnam yang dipindahkan diangkut ke Guam di mana mereka ditempatkan di khemah-khemah selama beberapa minggu sementara diproses untuk penempatan semula. Sebilangan besar pelarian ditempatkan semula di Amerika Syarikat di mana mereka memulakan hidup baru di sana. Pokok pangkalnya,krisis pelarian adalah suatu tragedi kemanusiaan yang perlu dipikul di bahu setiap manusia di muka bumi ini, pelarian tidak langsung mengimpikan posisi mereka sebagai pelarian dan apa yang mereka impikan adalah sama dengan apa umat manusia lain impikan. Sebuah tempat di yang dipanggil rumah dan sebuah peluang untuk melangsungkan hidup. Parut psikologi yang amat mendalam adalah suatu yang nyata di dalam hati setiap pelarian. Melihat keluarga mereka terbunuh di depan mata mereka,rakan serta komuniti tempatan mereka di-nyahkan dimuka bumi. Untuk kita menghukum mereka untuk tindak-tanduk mereka yang salah disisi norma setempat adalah sangat tidak berasas lebih-lebih lagi untuk mengadili seluruh komuniti pelarian berdasarkan perilaku individu. Kata akhir,marilah kita meletakkan diri kita di dalam situasi mereka, adakah mampu kita menahan akan apa yang mereka lalui? Maka bak kata Malique dalam lagu Alhamdullilah Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred) Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have) Rujukan: https://www.unhcr.org/4371fa4f2 https://sci-hub.tw/https://doi.org/10.1093/rsq/hdz005 https://www.reuters.com/article/us-mideast-crisis-syria-turkey-insight/despite-talk-of-returns-turkey-quietly-works-to-integrate-syrian-refugees-idUSKCN1RA0G7 https://definitions.uslegal.com/l/local-integration-refugee/ https://www.unhcr.org/50a4c17f9.pdf

0 comments

Comments


Home: Subscribe
bottom of page